My KoHort4

Saturday, July 13, 2019

RIDE TO KRABI, THAILAND

Assalammualaikum...Harini den nak cerita sikit pengalaman den "Ride to Thailand"..
Ride maksudnya naik motor brother..bukan naik kenderaaan awam atau tumpang orang..hahaha

Aku pergi Thailand dengan motor pada tahun 2017, tapi bukan ride sorang-soranglah...aku ride berkumpulan. Kalau tak silap aku pergi 11 orang, 10 lelaki dan sorang perempuan..
Kita orang pergi dengan kenderaaan Yamaha RXZ 135cc 8 biji dan Kawasaki RR 150cc 2 biji..
Kita orang punya perjalanan ambil masa start dari gerak sampai balik 7 hari...


        Nilah Kenderaan Kami...Motor aku warna kuning ea..HaHaHa (Kuning Tegar)

Sinopsis perjalanan kami yang mengambil masa selama 7 hari bermulanya dari Muar,Johor sehinggalah berpatah balik ke Muar,Johor.

Bergerak dari Muar, Johor ⇉ Sempadan Thailand ( Padang Besar ) ⇉ Masuk Sempadan Malaysia-Thailand ⇉ Hatyai ( bermalam 1 malam ) ⇉ Krabi ( bermalam 2 malam ) ⇉ Danok ( bermalam 1 malam ) ⇉ Keluar Sempadan Thailand-Malaysia ( Bukit Kayu Hitam ) ⇉ Pulang ke Muar,Johor

Perjalanan kami yang mengambil masa berjam-jam di atas motor dan berbagai rintangan yang kami harungi dengan perkara-perkara yang tidak di ingini...Merentasi beberapa buah negeri dan mengharungi panas serta hujan..Bayangkanlah pakaian kami dari kering jadi basah kene hujan,kemudian dari basah kering semula bila di tiup angin sepanjang perjalanan..Tuhan sahajalah yang tahu bertapa peritnya keadaan masa tu..tapi apakan daya..pengalaman yang mendewasakan kami serta mengajar kami berdikari dengan bantuan kawan-kawan yang sentiasa mengiringi antara satu sama lain..


Kami ke sana membawa 2 "benda" . Pertamanyalah adalah membawa bendera Malaysia ke Thailand dan yang keduanya membawa bendera parti politik...hahahahaha...Puncanya sebab kami mendapat sedikit tajaan dari Parti Politik ini...Orang dan sponsor kan,kita orang kenelah amanah..kahkahkah..!!




Itulah "abang" semasa atas moto..tegar tak tegar lah kuningkan...atas bawah depan belakang semua kuning...tapi otak tak kuning ok..!! hahahaha

otak still lagi normal dan mampu berfikir seperti orang yang waras dan menentukan yang mana betul dan mana yang salah..

hashtagacahacahbagus







Bukan nak cerita yang kami ni hebat merentasi beberapa buah negeri untuk kie Thailand tetapi itulah hakikatnya yang kami rasakan sasah senang bersama dan pengalaman inilah yang membezakan kami dengan orang-orang lain.

isshhh..!! kenapa tetiba emo plak ni.,..adeiii..

Rilek-rilek sudahlahkan...hahahahaha

OK, sebenarnya aku nak beritahu pada korang semua keindahan alam semula jadi sepanjang perjalanan kami semua ,dapat melihat tempat orang dan belajar sesuatu yang baru dalam hidup kami apabila berada di tempat orang..

kat bawah nanti aku kongsi dengan kamu semua gambar-gambar yang menarik serta pengalaman kami di sana..


⇐ Gambar dua-dua ni adalah gambar sewaktu kami nak gerak dari Muar,Johor

Gmabar bawah tu "amek berkat" dari my hero...ayah aku pon sebenarnya bikers kental gak..tapi skang dah pencen..sebab kene "GOUT" hahaha...









ni gambar sewaktu kami dah masuk sempadan Malaysia-Thailand..kat sinilah tukar tukar Bath(Thailand) dan kat sinilah beli no Thailand untuk kita orang berhubung dengan orang Malaysia..Time aku pergi ni ndah kawin..Data internet diorang memang terbaik.."madang" je aku video call bini aku...bini aku sporting dia paham minat aku suka ride asalkan jangan berlumba dah lah...

Jarang tak lumba atas highway..KahKahKAhKah..           ⇒










⇇ Ok ni gambar kita orang dah sampai Hatyai..borong sikit barang-barang keperluan kat situ..pastu Check In Hotellah..Tido,penat borther..!!








⇇ Ni View dari Hotel kami stay..sebelum tido aku snap dulu.."bukti" aku dah sampai hotel kt madam besar yang menanti aku update status aku sepanjang perjalanan aku..HeHeHe











⇇ Duit Bath (Thailand yang tukar td)













⇐Makanan yang aku beli kat 7 Eleven ..Kat Thailand 7 Eleven diorang macam kat warung..semua makanan ada tapi frozenlah...dan yang pasti HALAL








Besoknya gerak ke Krabi...




Pantang jumpa pelancong..masing-masing acah-acah tahu speaking..hahahaha


Nilah serba sedikit aku kongsi gambar dengan korang suasana dan aktiviti kami kat sana...Memang terbaik brooo..!! best gila..kalau ada rezeki memang teringin nak ke sana lagi..tak puas 2 malam stay kat Krabi tapi disebabkan masa dan kewangan yang tak mengizinkan..aku akur dengan kehendak sendiri..HahAha..

Seriously beb memang ONZZ kat sana..gambar sensored atas tu jangan zoom sangat ea...nanti bukan-bukan  korang nampak...biasalah bila semua lelaki berkumpulan memang "terejal" lah jadinya ...

Kemudian kebesokkan harinya balik ke semenanjung..tapi kami stay semalam di Danok,Thailand untuk rehatkan badan semalam sebelum meneruskan perjalanan balik Muar,johor yang mengambil masa anggaran siap tolak rehat ,makan,isi minyak,motor problem,sembahyang (jangan padang pada rupa) dan macam-macam lagi masalah sepanjang perjalanan kami..Lebih kurang dalam 11 Jam perjalanan atas motor..






Meneruskan perjalanan balik dari Danok,Thailand terus ke Muar,Johor..                                                                      ⇉














Sementara menunggu urusakan keluar dari Thailand yang di ruskan oleh Pakcik Kordi..Kita bergambar lah dulukan...hahaha                                                             ⇒

Segala perjalanan kami keluar masuk Thailand-Malaysia dan Malaysia-Thailand diuruskan oleh Pakcik Kordi..

Kalau korang nak try masuk kenderaan darat boleh try PM brother ni kat Facebook..Mudah,Senang, dan Mesra Alam..

Facebook
PakcikKordi RiderPurba
Promote sikitkan..mana tahu rezeki dia..HeHeHe





               
                                                                              ⇈
Sooo..Inilah gambar terakhir aku kongsi dengan korang...Gambar muka barai kepenatan,keletihan dan ketidaksanggupan...Katil memanggil-manggil,bantal memekik-mekik suruh aku sampai rumah terus..hahahaha

Seriously memang penat tetapi berbaloi dan itulah pengalaman aku paling menarik sepanjang kehidupan aku ride naik mot..Costing sepanjang perjalanan aku 7 hari kat sana anggaran dalam RM2,000.00 itu pon sebab aku banyak beli saguhati untuk dibawa balik bagi isteri,keluarga,mentua,dan semuanyalah...bawak barang-barang saguhati tak mahal tapi bila kita bagi diorang,diorang akan hargai sebab kita bawak sendiri naik motor..KahKahkAh,..acah-acah je aku ni.,..

Itulah pengalaman aku sedikit sebanyak aku kongsi dengan korang..harap-harapnya korang excitedlah nak ke berjalan atau melancong ke Thailand, Especially Krabi..

Sekian,terima kasih kerana sudi baca post yang tak seberapa ni....

2 comments: