My KoHort4

Saturday, July 13, 2019

KAMI BUDAK BARU BELAJAR

My KoHort4 merupakan blog yang kami cuba"create" untuk percubaan kami semua di dalam menyiapkan tugasan yang diberikan kepada kami. Kumpulan kami terdiri daripada 6 orang kesemuanya iaitu Kak Ieta, Izwan, Emma, Eka, Ayu & juga Huda. Kesemua kami merupakan pekerja di Bank Rakyat dimana kami mengambil Ijazah Sarjana Muda Kewangan dan Perbankan Islam dengan Kepujian [BIFB(Hons)] dimana juga kesemua kami telah pun berumahtangga. PJJ ini sebenarnya sangat bagus bagi mereka yang ingin maju dalam kerjaya masing-masing. Bagi kami PJJ ini satu langkah dimana kami meneruskan pelajaran kami dengan sokongan yang telah diberikan oleh majikan dan keluarga kami dan tidak lupa juga kepada kawan-kawan yang sentiasa memberi sokongan moral kepada kami. Kerjasama serta komitmen yang diberikan akan membuatkan kami berjaya dengan cemerlangnya dan tidak "syahid" dipertengahan jalan.

Berikut adalah ahli kumpulan kami "My Kohort4"

NAMA : MOHAMMAD IZWAN BIN ZAINAL
NO MATRIK : 266025
CAWANGAN/ JABATAN :  CAWANGAN SEGAMAT, JOHOR
UMUR : 29 TAHUN
STATUS : BERKAHWIN
NAMA : NORITA BINTI ABU SAMAH
NO MATRIK : 266194
CAWANGAN/ JABATAN :  CAWANGAN SETAPAK, KL
UMUR : 39 TAHUN
STATUS : BERKAHWIN
NAMA : ROSIDAH ERMA BINTI ABDUL RAHIM
NO MATRIK : 266312
CAWANGAN/ JABATAN : JABATAN PERKHIDMATAN TRANSAKSI
UMUR : 32 TAHUN
STATUS : BERKAHWIN
NAMA : AYU MASTIKA BINTI RAHMAT
NO MATRIK : 265863
CAWANGAN/ JABATAN : JABATAN KOMUNIKASI KORPORAT
UMUR : 31 TAHUN
STATUS : BERKAHWIN
NAMA : ZULIKHA BINTI ZAHELAN
NO MATRIK : 266423
CAWANGAN/ JABATAN :  CAWANGAN DESA PANDAN, KL
UMUR : 29 TAHUN
STATUS : BERKAHWIN
NAMA : KHAIRATUL HUDA BINTI KAZA
NO MATRIK : 265962
CAWANGAN/ JABATAN : JABATAN PEMBANGUNAN PERNIGAAN KAD & JUALAN
UMUR : 31 TAHUN
STATUS : BERKAHWIN






Kami berharap agar dengan bantuan serta berkat dari kalian semua, kami dapat habiskan PJJ kami ini dengan cemerlang,gemilang dan terbilang...Dapatlah kami membanggakan keluarga kami serta membantu dari segi pembangunan kerjaya kami di masa akan datang...

DOAKAN KAMI YE ..!! 

Terima Kasih

K.A.M.I

My Kohort 4 Team
Kitorang start kenal masa sesi registration Kohort 4 pada Oktober, 2018. Walaupun kami ni berkerja bawah satu company, kami tidaklah serapat mana dan ada diantara kami yang tidak mengenali antara satu sama lain disebabkan penempatan kami yang berbeza. Perkenalan kami lebih rapat hanya selepas kami belajar bersama-sama di dalam Kohort 4 ni. Seperti entri kami sebelum ini, Kumpulan kami bagi subjek Aplikasi Komputer ni, ada 6 orang iaitu Kak Ita, Wan, Ema, Ayu, Huda dan Ika.

Untuk entri kali ni, kami nak tunjuk skit la skill kami untuk edit video dan gambar-gambar kami ni. Harap semua suka dan mintak bertabah la ye...hihihi..sebab kami ni taklah pandai sangat nak edit-edit ni. Jadi nya, sis cuba ye...
Kami yang study..hihihi


Wan n Ema

Kak Ita, Ema n Wan
FAMILY KAMI
Kat sini kami sharekan jugak gambar-gambar family kami kerana mereka ini juga adalah tulang belakang kami untuk kami menyambung pelajaran kami. Kalau takde support dari mereka ni, dah lama kami ni gugur...huhuhuhu

Kak Ita's Family...anak den dah limo..huhu

Wan's Family...anak baru sorang...

Emma's family...anak eh dua je...

Ika's family...anak ika pon 2 je....

Ayu's family...anak ayu baru sorang....

Huda's family...anak Huda dah 3,
gambar baby blum ada lagi...sebab baru bersalin...huhu

VIDEO AKTIVITI AHLI KUMPULAN KAMI
Ini adalah aktiviti kami semasa team building di PD dan gambar-gambar kami masa semester 1...huhuhu

Sekian entri kami untuk kali ni....jumpa lagi...sayonaraaaaa......

AKU, KDRAMA & RUNNINGMAN

Assalamualaikum semua, nama aku Ita, kalau dalam kelas, kawan-kawan panggil aku Kak Ita. Aku adalah antara student yang nak masuk 'Sweet 40' dalam kelas. Kalau nak ikutkan isu semasa, aku ni dah consider "warga emas" lah (adoiyai😒). Ini adalah entry aku yang pertama dalam tugasan untuk cipta satu blog. Dan ini pulak adalah cerita aku.

KDRAMA
Cerita aku dengan Kdrama ni bermula dengan terjebak melayan cerita Korea yang sangat popular pada tahun 2002 iaitu "Winter Sonata". Sejak aku melayan cerita Jun Sang ni, aku terus berjinak-jinak dalam melayan Kdrama yang lain. Pada masa tu, tak ada lagi online streaming yang boleh diakses macam sekarang. Jadi, bangunan Kotaraya waktu tu adalah tempat pencarian CD cerita-cerita Korea untuk aku. Biasanya, hari minggu lepas balik dari kampung, turun je bas, bangunan Kotaraya adalah 'Pitstop' aku sebelum balik ke rumah sewa. Tajuk-tajuk cerita aku dah pun tahu dengan mengikuti perkembangan carta-carta cerita popular Korea melalui internet. Pada masa tu, carian carta KDrama sangat mudah, cuma takde lagi online Streaming.

KENAPA KDRAMA 
Aku bukanlah tak menyokong drama tempatan, cuma agak susah nak terima drama-drama tempatan yang kebanyakannya jalan cerita dia sama je. Bila tengok drama Korea ni, kebanyakan cerita dia lain dari cerita melayu. Kalau aku nak cerita memang panjang lah. Antara sebab aku tengok cerita Korea ni pun, sebab aku suka tengok cuaca diorang (negara 4 musim, sape tak suka), tempat-tempat diorang yang cantik, muka diorang yang comel-comel. Berbalik kepada cerita KDrama aku tadi, antara cerita-cerita yang aku tengok dari tahun 2002-2010 macam list kat bawah ni (yang aku listkan ni pun, yang aku sangat suka, yang lain aku tak berapa nak ingat) 

Antara Kdrama yang aku tengok

  • Autumn In My Heart
  • Winter Sonata
  • My Girl
  • My Sassy Girl Chun-Yang
  • Full House
  • Goong 1 & 2
  • Boys Over Flower




RUNNINGMAN
Cerita pasal Runningman pulak, Runningman ni sebenarnya "variety show" yang sangat famous kat Korea. Bukan saja di Korea, rancangan ni dah sampai tahap International sambutan dia. Setakat hari aku tulis entry ni, aku belum pernah 'miss' lagi episod Runningman. Episod paling baru pun, aku dah tengok online iaitu episod 458. Aku mula layan rancangan ni sejak episod pertama lagi. Episod pertama dia pada tahun 2010 dan sekarang dah 9 tahun aku masih layan lagi rancangan ni. Aku sarankan kepada semua, rancangan ni memang tak mengecewakan sebab rancangan dia memang boleh buat kita happy je. Boleh dikatakan semua ahli-ahli dalam Runningman ni aku kenal sampaikan ahli yang dah kahwin pon aku kenal isteri diorang ni. Bukan setakat tu je, malah cameraman dia dan juga "PD" dia pun aku kenal. Runningman ni lah peneman setia aku setiap malam Isnin sebab episod baru dia akan keluar kat Korea hari Ahad dan online dia akan keluar hari Isnin. Serious kalau sape dah start tengok rancangan Runningman ni, akan tengok lagi dan lagi. 
😂RUNNINGMAN FUNNY MOMENT😂

MASIH LAYAN KDRAMA
Walaupun aku melayan rancangan Runningman, tapi drama Korea aku tetap layan. Cerita-cerita yang agak baru dari tahun 2010 sampai sekarang, aku masih lagi tengok. Aku listkan kat sini antara cerita-cerita Korea yang aku tengok dari tahun 2010 : 
  • Pinocchio
  • Please Come Back Mister
  • Secret Garden
  • My Love from The Star
  • The Master's Sun
  • The Heirs
  • Descendants of The Sun
  • Goblin
 The Master's Sun-Kdrama favorite aku😍

💖GOBLIN-masih tak boleh move on lagi dengan cerita ni....huhuhu💖

Ok semua, setakat ni je cerita yang aku nak share dengan korang. Drama-drama Korea yang aku share ni semuanya favorite aku. Kalau korang free dan berminat boleh la google ye...nnti boleh kita share keseronokan tengok Kdrama ni together-gether. Sekian dari aku...Ita..
#AKUPEMINATKDRAMABUKANKPOP

Me & My BFF

Cun x kami..
Aku ada sorang bff..Nama die Rosidah Erma..kami dah kenal start dari tahun 2008 lagi..rasenya dan lebih 10 tahun kot..walaupun kami bukan lagi satu jabatan yang sama tapi hubungan kami tetap akrab dan erat..
Dari zaman anak dara lagi kami memang suka hang out sama…lepas aku kahwin pun kitorang still lagi luangkan masa bersama..dari zaman free hair sampai kami dah berubah menjadi isteri solehah sekarang ni..hehehe..korang tengok la betapa akrabnya hubungan kami sebagai kawan…
Koir untuk Dinner Bank Rakyat
Ok gambar ni masa mula2 masuk kerja..heheh..
Kemana sahaja kami akan bersama
Melawat kawan kami yang baru bersalin…
Model bank..Annual Report...
Sunway lagoonnn…hureyyyy
Banyak lagi picture aku nak share tapi rasenya biar la ianya jadi simpanan untuk aku je..ianya terlalu bernilai untuk dikongsi..hahaha..

Buat Ross,
Terlalu banyak sangat kenangan kita bersama ros…aku rindukan zaman dan kenangan kita dulu..tak mungkin aku akan lupakan semua kenangan terindah bersama kau..aku doakan persahabatan kita akan kekal selama lamanya..Terima kasih jadi sahabat aku dulu kini dan selamanya..Aku sayang persahabatan kita…LOTS OF LOVEEE…

Sahabatmu…
-Khaira-

KISAH ANAK-ANAKKU....


Anak oohh anak.. wahai anak-anakku..kau la penyeri hidupku.. Tatkala bila balik kerja jer dengan keadaan yang cukup memenatkan.. mane tak nya.. dengan meredah lautannya.. oopsss.. tipu sangat tuh.. hehhe… dengan meredah jem yang teruk gilernyer.. dengan keadaan yang badan cukup-cukup penatnya.. dengan stress di tempat kerja lagi, stress dengan assignment yang tak siap-siap lagi.. tapi bila jer aku sampai rumah pengasuh untuk mengambil buah cinta hati aku nih..nampak jer muka anak-anakku.. terus semua yang aku cakap tadi dengan penat, stress, letih bagai tuh hilang serta merta.. Ya Allah….. sungguh besar dan bermakna Ciptaanmu dan anugerah yang Kau berikan kepadaku.. Aku terpikir.. dengan nikmat yang Kau berikan kepadaku iaitu 2 orang cahayamata yang kadangkala cukup untuk buat aku stress jugak.. hehhe..  memenatkan dek melayan kerenahnya tapi semua tuh akan hilang bila aku selalu bergurau senda, bermain bersama dan banyak buat aktiviti bersama anak-anakku.. aku tak boleh bayangkan macam mana di zaman yang semakin canggih ini ramai lagi yang sibuk nak buang-buang anak laa.. yang dera anak sampai mati la.. macam-macam lagi laa..aishhh.. dorang nih tak tahu ke yang Allah kurniakan anak nih banyak hikmahnya.. untuk membentuk kita untuk menjadi insan yang lebih penyabar, insan yang penuh berkasih sayang, insan yang lebih bertanggungjawab dan yang paling penting insan yang lebih bersyukur dengan pemberianNya disertakan dengan selalu solat untuk minta keberkatan dan kesejahteraan hidup bekerluarga terutamanya dari segi kesihatan anak-anak… Dulu masa aku bujang aku tak pernah terfikir semua tuh.. Nih bila dah berkahwin da nada anak baru aku tahu dan rasa. Aku tak nak cerita pasal aku, aku nak cerita pasal anak-anak aku..

INILAH KISAH 2 PERMATA HATI AKU....
Yang pertama nama anak aku yang aku sendiri berikan namanya ialah MUHAMMAD FATEH ESYAMEL.. Maksud Fateh tuh ialah Pejuang Islam.. Maknanya disini aku nak nanti bila besar anak aku menjadi seorang yang boleh menegakkan islam atau yang memperjuangkan islam, yang dekat dengan agama islam dan cara hidup islam yang lebih sempurna.. Aku nak bila anak aku dah berkahwin die dapat memimpin isteri dan anak-anak die untuk ke jalan Alllah SWT. Itu harapan aku, walaupun harapan aku cukup meggunung tinggi tapi takda salahnya aku menyimpan niat macam tuh,kn? So, along aku beri nama padanya. Die seorang yang sangat-sangat HYPER orangnya.. nak-nak bila die terlebih happy, aku tak tahu la.. die macam tak boleh nak control kehappylan die tuh.. hehhe.. tapi satu jer, bila aku xsehat, sakit..aku Nampak die seorang yang boleh ada dengan aku dan bole menjaga aku.. Die akn tolong picitkan kepala..even aku yang suruh.. tapi takpalah,die buat jugaklkan daripada setengah budak memang harem la nak buat.. Tuh aku tabik spring anak aku yang bernama along.. Anak aku yang kedua pula diberi nama oleh papanya sebagai NUR FATEHAH ELIYA. Die seorang yang sangat manja.. yelah, anak perempuan la katakan.. Sebenarnya tanggungjawab nak besarkan anak perempuan nih lebih sedikit daripada anak lelaki bagi aku.. Sebab aku nak anak aku nih nanti besar die menjadi seorang perempuan yang rajin buat kerja-kerja rumah..pandai dalam masakan.. Orang kata ciri-ciri perempuan la pendek ceritanya..Aku kena banyakkan ajar adab kepada die.. untuk lebe bersopan bila berada dengan lelaki.. cara berpakaian semua la aku kena ajarkan.. Aku kena terapkan agama kepada anak-anak aku.. Dan ank aku no 2 nih aku gelarkan die BEEYA (gabungan BABY & LIA), maka terjadilah nama BEEYA.. ahahahaa…Suaranya cukup manja dan die seorang yang sangat-sangat ceria.. Aku katakana die seorang yang ceria sebab bila bangun dari tidur, die tak pernah nak “moody” macam budak-budak lain.. Normally budak lain bila bangun tidur jer akn “moody”.. tapi beeya tak..bila bangun tidur die akn sentiasa ceria dan tergelak-gelak..ermm..aku pun nak tahu ape rahsia beeya nih bila bangun tidur jer ceria bagai..ahahaha….

*Umi berharap anak-anak umi akan menjadi anak-anak yang soleh dan solehah hendaknya..in shaa allah.. umi dan papa akan selalu mendoakan korang yer.. dan umi berharap yang korang akan dapat menjaga umi dan papa bila kami dah tua nyanyuk nanti sebab budak-budak sekarang di akhir zaman susah nak menjaga ibubapa bila dah tua..ramai jer yang hantar ke rumah-rumah kebajikan.. Setelah ibubapa dah curahkan kasih sayang, harta untuk menjadikan anak-anak cerdik dan dapat kerja yang bagus dan kehidupan yang bagus..tapi ramai yang tak boleh membalasnya jasa orang tua mereka.. Umi dan papa berharap sangat-sangat yang korang tak akan buat kami macam tuh kemudian hari bila kami dah tua..aamiinn*

Aku dan Lari berpisah tiada………………

Bismillah…ok nie aku nk share sikit cerita pasal aku yang tak pernah terniat nk share dan mengarang dalam hidup aku dalam blog nie. So apa yang aku nak share ini mengenai hobi aku iaitu berlari atau larian marathon.

Okey dh jom start,cerita aku nie actually simple je sebab aku mana reti nak menganyat nak berbunga-bunga bagai. So aku cerita sekadar yang mampu je la ye. Aku nie dari sekolah tadika lagi memang minat sangat dengan sukan sehingga kini. Nie aku share antara medal-medal yang aku pernah dapat dulu.


Okey aku nk share sikit yang aku pernah berjaya menjadi wakil daerah Kinta 1 dalam kejohanan merentas desa MSS Perak tapi sayangkan dapat no 7 untuk peringkat Negeri Perak. Tapi mungkin disebabkan itu juga aku telah terpilih menjadi Atlit terbaik perempuan di sekolah aku time tu la. Tak percaya ini aku letak gambar medal & piala aku sebagi bukti heheh…



Aku juga dipilih untuk mewakil peringat daerah PPD Kuala Kangsar Perak dalam acara 4x400M Perempuan 16 juga tau..jadi la itu kenangan di hari tua kan.

Habis sudah cerita alam persekolahan masuk pulak alam perkerjaan. Aku bermula kerja waktu umur aku 21 tahun dekat sebuah bank . Sepanjang berkerja dengan bank aku memang tak join apa-apa aktiviti sukan yang ada dalam bank. Sebab?? Salah satu sebab tak ada platform or ruang untuk aku tunjukan bakat aku. Mana taknya baru nak join dorg dah ada team yang sediaada. Bengang juga aku time tu. So berhabuk la seni lari aku tu sampai la aku dah beranak pinak . 


RUN DI ZAMAN BEKERJA
Ok start 2016, aku mula berjinak balik dengan larian. Aku bermula dengan larian jarak dekat iaitu 7KM. Alhamdulillah dapat habiskan larian Cuma masa memang hancur la kan…hahhaa.. ok so makin hari makin banyak la larian marathon yang aku join sampai la skrg yang aku Berjaya buat 21 KM(Half Marathon)..INSYALLLAH ada rezeki aku nk upgrade 42 KM (Full Marathon)…Doakan aku ye kawan-kawan…so rasa dah panjang aku menaip kisah nie…so korang view je la gambar-gambar dekat bawah ini sebagai bukti yang aku dan lari berpisah tiada …Jangan muntah pulak ya.

Okey nie aku nk share antara sahabat-sahabat yang pernah berlari dengan aku...
Okey dah tu gambar sahabat-sahabat aku, aku nk share plak gambar-gambar aku tengah berlari, tengah berjalan & dah habis berlari ..senang cerita aku nie memang suka bergambar..penat macam mana pun depan kamera tetap senyum lebar…


Okey dah la tu gambar aku …hahhaa…nie nak share antara gambar-gambar larian marathon yang aku paling suka dan akan ingat sampai bila-bila iaitu berlari dekat tempat orang . Aku dengan team aku pertama kali lari dekat Hatyai Thailand dan insyallah akan repeat lagi hujung tahun ini kalau tak ada apa2 halangan ..

Hatyai...ko tunggu aku LARIIIII......
Akhir sekali aku nak share plak antara kekuatan tulang belakang aku yang sentiasa menyokong minat aku dekat lari nie iaitu suami & anak-anak. Diaorang nie sokong sampai terpaksa teman aku berlari..:P..nasib la….hahahaha…




A.B.A.H


💞Abah💞,
Langkahmu yang dulu gempita
Helaian uban tidak terkira
Tubuhmu yang kecil tidak mengenal lelah
Bertemankan bantuan sekotak tong biru
Itu kamu sang perwira

💞Abah💞,
Aku tahu, sebuah perjalanan kian menuju gerbang senja
Kau tetap pamer gelak tawa
menyimpan duka sengsara
Untuk melihat aku tumbuh dewasa
Izinkan aku membiarkan kau bersandar
Sehingga terasa kasih di dada

💞Abah💞,
Biar pun masa silih berganti
Aku tetap sentiasa ada
Jauh di pelusuk aku cari
Demi tertawa bersama-sama

💞Abah💞,
Seraut wajah Nan Senja
Kerutan di dahi jelas ternyata
Mengingatkan begitu banyak derita
Aku yang kini gelisah, menghitung setiap detik
Memandang mu meruntuh jiwa
Tanpa disedari air mata mengalir tersedu-sedu
Itulah tanda daku masih tidak bersedia

keadaan abah di ICU😭

Abah layan je aku walaupun sakit😅



*Mohon semua doakan abah kembali sihat seperti sediakala👐👐👐

Hasil Nukilan,
💞Si Bunga Cinta ABAH💞

CERITA KAU & AKU ❤❤

Cerita aku tiada yang menarik cuma aku nak share dengan korang semua pasal life aku sebagai isteri seorang tentera laut..Banyak pengalaman aku sepanjang aku kenal dengan suami aku sekarang ni..dari mula kami berkenalan lepastu kitorang bercinta dan kahwin..aku bercinta tak macam orang lain boleh dating setiap minggu, setiap hari tapi aku dating dalam handphone je..heheh..tapi itu la yang buat aku sentiasa rindu kat suami aku…

Gambar aku dan suami..
Aku kenal suami aku ni tahun 2004 dan kitorang start declare couple tu pada 30 ogos 2005..aku ingat lagi time tu aku dah nak ambil exam SPM..lepastu kitorang berhubung melalui telefon je la..memang jarang sangat-sangat nak jumpa kecuali hari raya..yang bestnya setiap kali hari raya rezeki suami aku dapat balik cuti raya.. dan nasib baik la rumah nenek dia sederet rumah aku je..lagi senang la kitorang nak jumpa..hehehe..



Ooppss sebelum aku terlupa aku dan suami aku sebenarnya saudara terdekat..maksudnya kitorang ni ade bau-bau bacang la..aku sepupu la dengan suami aku ni..mula2 dulu aku bagitau mak aku yang kitorang berkawan rapat mak aku tak setuju..yela sepupu kan…takde orang lain ke aku nak kawin..hahahah..


Ehh berbalik pasal life aku kan lepas je aku bertunang pada bulan disember 2009 suami aku terpaksa bertukar ke Sandakan, hati mana yang tak sedih kan..terpaksa berjauhan beribu batu..berjauhan tu satu hal, urusan nak kahwin pun aku yang settelkan sendiri…suami aku balik seminggu sebelum diijabkabulkan..sadis kan..

Tak habis kat situ, lepas kahwin pun aku terpaksa berjauhan lagi sampai la aku mengandung pun sorang sorang. Bayangkan aku terpaksa tanggung semua mabuk hamil, alahan, muntah, pergi check up kat klinik pun sorang-sorang juga tau..tapi nasib baik la sebelum aku deliver tu suami aku dapat balik temankan aku untuk bersalin dan lahirlah putera sulong kami yang bernama Radin Rafid Rizqkhan.


Gambar anak pertama..

Lepas tu kami terpaksa berjauhan lagi dan tinggalkan anak kami kat kampung. Hati ibu mana yang sanggup berjauhan dengan suami dengan anak tapi aku kuatkan semangat aku balik setiap bulan untuk jumpa anak aku kat kampong..huhuhu..



Tanggal Disember 2012 Allah makbulkan doa aku, suami aku dapat bertukar ke semenanjung..tak dapat nak bayangkan perasaan gembira tu..Beberapa tahun selepas tu aku ditakdirkan mengandung lagi dan selamat melahirkan anak yang kedua yang diberi nama Radin Razin Rayhan.

Ni anak kedua aku..
Sekali lagi aku diuji apabila suamiku terpaksa menyertai Misi Pengaman PBB di Lubnan..Hati aku dah tak tentu arah..macam2 bermain di fikiran aku.keselamatan dia, nyawa ibarat dihujung tanduk..

Selfie jap sebelum bertolak ke airport subang
Pada tahun 2017. Suamiku telah menyertai latihan untuk persediaan ke Lubnan selama setahun dan telah terbang ke negara bergolak tu pada 19/09/2018…selama 2 tahun aku bertiga bersama anak-anak mengharungi suka & duka bersama…kalau nak cerita memang panjang ni..3 hari 3 malam tak kan habis..heheh..itu je la pengalaman yang boleh aku share ngn korang semua ye..terlalu banyak sebenarnya perngorbanan nak jadi isteri kepada seorang wira negara ni..semoga jodoh aku dan suami berkekalan hingga ke syurga..Aaminnnn.,.


Masa ni dalam latihan dan sebelah kanan tu waktu nak bertolak ke Lubnan



                                                                                                  

PULAU PERHENTIAN… AKU DATANG LAGI!

Assalamualaikum wbt. 

Salam keceriaan dan salam bahagia buat pembaca-pembaca di laman blog ku. 

Nama aku Ayu Mastika. Panggil sahaja aku Ayu. Aku merupakan pekerja bank berjawatan kerani di Bank Rakyat dan juga seorang pelajar PJJ jurusan Ijazah Sarjana Muda Kewangan dan Perbankan Islam di Universiti Utara Malaysia di Kuala Lumpur.

Di ruangan entry ini aku ingin berkongsikan pengalaman aku bercuti di pulau ‘favourite’ aku iaitu Pulau Perhentian, Terengganu. Untuk pengetahuan pembaca semua, aku mula menjejaki Pulau Perhentian sejak tahun 2010 sehingga sekarang tahun 2019 dan aku masih bercuti di pulau itu. Bagaimanapun, pada tahun 2017 dan 2018 aku 'skip' daripada bercuti di pulau tersebut kerana pada tahun berkenaan aku baharu bersalin dan anak aku Iris Ariana masih kecil untuk dibawa cuti bersama.

Apa Hebatnya Pulau Perhentian
Pulau Perhentian merupakan antara pulau tercantik yang terdapat di Malaysia. Kenapa pulau ini cantik sebab ia terletak di kawasan Laut China Selatan. Pulau Perhentian ini air lautnya bersih dan berwarna biru. Bila ambil gambar memang cantik hasilnya kerana pemandangan di sekitar pulau begitu indah.

Pulau Perhentian terbahagi kepada dua pulau iaitu Pulau Perhentian Besar dan Pulau Perhentian Kecil. Di Pulau Perhentian Besar ada banyak resort-resort dan sangat sesuai untuk percutian bersama keluarga. Tetapi bagi aku, menginap di Pulau Perhentian Kecil lagi seronok kerana aktiviti waktu malam lebih ‘happening’ dengan pelbagai hiburan seperti mini bar, muzik pantai dan tarian bara api. Pulau Perhentian Kecil ini lebih dikenali sebagai Long Beach.
Lihat pemandangan laut biru Pulau Perhentian yang aku ambil dari puncak bukit Kincir Angin. Menarik kan

Percutian Kali Ke-8
Tak sangka selepas dua tahun tidak jejak kaki ke Pulau Perhentian, pada 20 April 2019 lalu aku sekali lagi berpeluang bercuti bersama suami dan anak ke pulau ini. Untuk pertama kalinya aku membawa anak menaiki bot untuk ke pulau. Nasib baik sepanjang perjalanan 45 minit dari Jeti Kuala Besut ke Pulau Perhentian Kecil, Iris ‘behave’ dan tidak meragam. Nampak Iris seronok dapat naik bot.

Sampai sahaja di Pulau Perhentian Kecil, kami sekeluarga memilih untuk menginap di Ombak Resort selama 4 hari 3 malam. Untuk pertama kali juga aku memilih menginap di resort berhawa dingin dan selesa. Maklumlah ada anak kecil jadi perlu lebih prihatin terhadap keselesaan anak.

Pada waktu petang di hari pertama di Pulau Perhentian, aku dan suami membawa Iris bermandi-manda di sekitar persisiran pantai. Kami sekadar berjalan dan mencuci mata sahaja untuk hari ini memandangkan badan terasa amat penat setelah semalaman perjalanan di atas bas dari Kuala Lumpur. Tenyata banyak perubahan di Pulau Perhentian sejak 2 tahun lalu di mana banyak resort-resort baharu dan mewah telah didirikan. Tidak kurang juga kemudahan yang disediakan di sekitar pulau juga semakin canggih.

Tengok tu Iris tak takut pun naik bos. 
 Seronok betul Iris dilambung oleh Abi
Family photo kami di depan Ombak Resort.

Menarik di Pulau Perhentian
Mengimbau masa lalu semasa zaman bujang sewaktu aku bercuti di pulau ini sangat menerujakan apabila dapat melakukan aktiviti bersama kawan-kawan. Waktu itu, aku dan kawan-kawan hanya menginap di chalet murah sahaja iaitu Chempaka Chalet. Memang murah sangat dengan hanrga RM50 sahaja untuk satu malam. Tetapi chalet ini lengkap dengan kipas, katil dan bilik air di dalamnya cuma tiada aircond.

Kebiasaannya pada hari pertama kami akan berjalan-jalan di sekitar pantai pada waktu petang bagi melihat pakej-pakej snorkeling yang disediakan. Kami akan membuat tempahan bot untuk aktiviti pada hari esok. Selalunya kami akan memilih bot yang besar dan beratap supaya lebih selesa sekiranya untuk duduk di atas air ketika singgah di pulau-pulau yang dilawati.

Keesokannya, seawal 9.00 pagi kami akan berkumpul dan menunggu bot snorkeling sampai untuk mengambil kami. Dalam pakej yang kami ambil, antara aktiviti yang akan dilakukan adalah snorkeling di 6 lokasi iaitu
🔹 Blue Lagoon
🔹 Turtle Point 
🔹 Coral Garden
🔹 Sharkpoint 
🔹 Kg Nelayan

Pada hari ketiga, kami bercadang untuk berjalan-jalan di sekitar pulau iaitu ke Kincir Angin. Ke lokasi ini kami perlu melakukan aktiviti ‘hiking’. Kami akan meredah hutan dan mendaki hingga ke puncak bukit. Lebih kurang 40 minit juga untuk sampai di atas sana. Memang penat dan mengah badan dibuatnya tetapi sampai sahaja di atas Kincir Angin tersebut, korang akan terasa puas dan hebatnya pemandangan yang terbentang. ‘View’ laut biru yang indah dari atas planta Kincir Angin akan buat korang lupa perjalanan ‘hiking’ sebentar tadi. Kemudian bermulalah aktiviti bergambar dan ‘posing’ sana sini. Seterusnya, kami akan melalui perjalanan ‘hiking’ semula untuk kembali ke chalet.

Tiba waktu makan malam, kami tidak perlu risau kerana di Perhentian Kecil ini terdapat restoran makanan sepajang persisiran pantai yang dibuka dari awal pagi sehingga jam 10 malam. Pilih sahaja mahu makan di kedai mana. Menu ‘seafood’ sudah pastinya menjadi pilihan segenap pengunjung untuk merasa makanan laut secara ‘BBQ’. Bagaimanapun, menu makanan seperti nasi goreng dan masakan Melayu turut disediakan.

Tepat jam 10 malam, ke semua restoran-restoran akan mula berkemas dan tutup. Seterusnya bermulalah kedai-kedai mini bar pula beroperasi. Kebanyakkan pelanggan mereka adalah pelancong ‘mat saleh’ yang akan setia menunggu hidangan minuman keras. Untuk pengunjung lain boleh turut serta melihat persembahan tarian bermain api dan juga muzik ala-ala disko akan turut dimainkan. Aktiviti tepian pantai ini akan berlarutan sehingga 3 ke 4 pagi. 
Saujana mata memandang

Bersama kawan-kawan aku di atas planta Kincir Angin. Kami bergambar kenangan selepas penat mendaki puncak bukit

Mengandung Pun Boleh
Pada tahun 2016 lalu, aku disahkan mengandung 2 bulan selepas 3 bulan mendirikan rumah tangga. Alhamdulillah. Sebenarnya ‘planning’ untuk bercuti ke Pulau Perhentian telah dibuat awal lagi. Memandangkan sudah disahkan mengandung, nak tak nak, aku teruskan juga percutian ke pulau ‘favourite’ bersama suami tercinta. Sebelum bercuti, ramai yang nasihatkan aku supaya batalkan percutian kerana risau akan kandungan boleh terjejas. Tetapi memikirkan kehendak yang meluap-luap itu, aku teruskan juga kerana Wandi juga memberi keizinan.

Persediaan yang aku buat untuk bercuti ketika mengandung adalah bawa segala jenis ubat dan vitamin. Susu untuk ibu mengandung juga aku bawa stok sebanyak yang boleh supaya tidak terasa loya atau lemah sepanjang percutian nanti.

Semasa menaiki bot, ada perasaan risau kerana perjalanan 45 minit di atas bot yang terumbang-ambing dipukul ombak boleh membahayakan kandungan aku. Risau juga takut mabuk dibuatnya. Tetapi alhamdulillah sampai sahaja di pulau, rasa mual-mual langsung tiada.

Selepas kelahiran Iris pada April 2017, aku tidak dapat meneruskan aktiviti tahunan bercuti ke Pulau Perhentian. Begitu juga tahun berikutnya 2018 tidak mengizinkan aku menjejaki pulau tersebut kerana ketika itu Iris masih setahun dan aku berasa risau untuk membawa dia bersama.
Walaupun usia kandungan baru 2 bulan tetapi aku berjaya sampai di pulau favourite

Pulau Perhentian Selamanya
Memandangkan Iris sudah genap 2 tahun, jadi aku rancang untuk teruskan aktiviti bercuti di Pulau Perhentian setiap tahun. Sekiranya aku mengandung lagi, mungkin akan dipertimbangkan untuk bercuti pada tahun tersebut.

Bagi aku, sejak mengenali percutian pulau ini memang aku sangat-sangat sudah jatuh cinta dengan Pulau Perhentian. Keindahan pemandangan pulau ini yang membawa aku untuk terus mengunjungi pulau ini. Pulau Perhentian ada keunikannya yang tersendiri. Walaupun dah berbagai pulau aku pergi  tetapi tak sama seperti Perhentian.

Mungkin juga cinta aku mula berputik pada suami ketika kami pertama kali bersama kawan-kawan bercuti di pulau ini. Wandi yang kenalkan aku dengan pulau ‘favourite’ ini. Secara ritualnya pulau ini seperti sudah menjadi tempat keramat untuk kami berdua.

Kenangan Manis Kau dan Aku 
Takkan Terhapus 
Duri Ranjau Dalam Bercinta 
Lumrah Dunia